Ebook ini bertajuk Tempat Menarik Di New Zealand bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan sebahagian tempat menarik di New Zealand terutamanya untuk pelancong yang beragama Islam. Ini adalah kerana New Zealand merupakan salah satu negara yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Tetapi sayangnya tidak ramai pelancong Islam yang ingin ke negara tersebut kerana negara tersebut majoritinya beragama Kristian dan lain-lain. Mereka takut akan keperluan harian mereka seperti makanan, minuman dan tempat solat akan terjejas kerana kurang sumber yang ada di negara tersebut