Ebook ini menceritakan tentang sejarah negara Qatar, latar belakang kerajaan dan bahasa serta agama di negara tersebut. Selain itu, perkara-perkara menarik di Qatar ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama ialah tempat-tempat menarik di Qatar iaitu Souq Waqif, Museum of Islamic Art (MIA), Kassem Darwish Fakhroo Islam dan benteng Al-Zubarah.
Kedua pula ialah cara kehidupan di Qatar iaitu dari segi pemakaian, tarian, aktiviti dan perkahwinan. Akhir sekali ialah budaya tradisional yang kekal dalam kehidupan seharian iaitu pelayaran kapal tradisional, minuman tradisi dan aktiviti penyelaman.