Australia merupakan antara negara bukan Islam yang mempunyai badan pensijilan halal seperti “The Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA)”. SICHMA bukan sahaja melakukan aktiviti pensijilan halal, malah mereka turut melakukan pelbagai aktiviti lain. SICHMA juga telah meluluskan sijil halal kepada pelbagai produk yang dijual di Australia.