Subtopik yang pertama ialah pengurusan kewangan keluarga. Laporan ini
membahas tentang keluarga yang cuba menguruskan kewangan dengan
bijak. Pengurusan kewangan keluarga merupakan elemen kritis dalam
membina kestabilann dan keamanan dalam perkahwinan.
Seterusnya, subtopik yang kedua ialah berkahwin dengan penganut selain
agama islam. Laporan ini membahas tentang dinamika dan keburukan yang
mungkin timbul ketika seseorang muslim memilih untuk berkahwin dengan
penganut selain agama Islam di tengah masyarakat yang heterogen.
Tambahan pula, subtopik yang ketiga ialah poligami. Laporan ini
membincangkan realiti poligami yang merupakan praktik perkahwinan
seorang lelaki dengan lebih dari satu isteri, adalah isu yang berkaitan
dengan norma-norma agama dan sosial. Dalam Islam sudah menggariskan
syarat-syarat tertentu yang bertujuan untuk menghadkan amalan poligami
agar dilakukan secara adil dan bertanggungjawab.
Akhir sekali, subtopik yang terakhir ialah mengenai “broken family”. Broken
family atau makna lain keluarga yang berpecah, ialah situasi di mana ibu
bapa atau ahli keluarga mengalami perceraian atau perpisahan. Dalam
konteks Islam, keadaan ini dianggap sebagai satu perkara yang
menyedihkan dan boleh memberi kesan serius kepada individu, keluarga
dan masyarakat