Buku ini mengisahkan tentang badan persijilan halal yang terdapat di United Kingdom iaitu Halal Food Authority (HFA). Halal Food Authority adalah salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Di dalam buku ini, terdapat beberapa maklumat tentang badan persijilan ini secara terperinci dan mendalam. Salah satunya adalah latar belakang Halal Food Authority, contoh contoh produk yang mendapat cop Halal Food Authority di United Kingdom dan juga pihak yang bertanggungjawab menguruskan Halal Food Authority. Aktiviti – aktiviti lain yang dilakukan oleh Halal Food Authority juga telah diceritakan di dalam buku ini.