Buku ini memfokuskan kepada salah satu badan pensijilan halal luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM iaitu MUIS. Buku ini meliputi pengenalan negara Singapura, penubuhan badan pensijilan halal yang dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), skim-skim yang terlibat, prosedur permohonan sijil halal serta masalah dan halangan yang dihadapi oleh badan pensijilan halal tersebut sepanjang penubuhannya. Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca megenai isu-isu semasa mengenai pensijilan halal yang dibincangkan di dalam buku ini