E-book yang berjudul ‘Kenali Badan Pensijilan Halal Food Council of Europe (HFCE)’ merupakan sebuah karya yang mendokumentasikan prosedur HFCE memberikan pengiktirafan pensijilan halal kepada syarikat yang memohon di Belgium. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang diragui juga ada diperjelaskan didalam E-book ini. Di samping itu, E-book ini ada merekodkan pengenalan HFCE itu sendiri dan juga beberapa maklumat tambahan untuk para pembaca mengenal dengan lebih mendalam lagi badan pensijilan ini. Antara aspek yang disentuh adalah cabaran yang dihadapi badan pensijilan ini lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19. E-book ini sesuai dibaca di semua peringkat umur.